Kemas kini terakhir: Feb 21, 2022
Pengenalan
Anda telah dihalakan ke sini berhubung penggunaan Laman Web REGISTER IQOS ( "Laman web") oleh anda, yang dikendalikan oleh ahli kumpulan syarikat Philip Morris International.
Siapakah kami?
Kami adalah ahli kumpulan syarikat Philip Morris International.
Bagaimanakah anda menerima terma ini? *Jika anda menggunakan laman Web ini, anda menerima terma penggunaan ini (“*Terma”).
Jika anda tidak bersetuju untuk diikat oleh Terma ini, maka anda tidak boleh menggunakan Laman Web ini. Terma ini akan dipaparkan sebelum anda log masuk ke Laman Web ini buat pertamakali. Terdapat beberapa peruntukan penting berhubung penggunaan Laman
Web ini oleh anda: anda perlu membaca peruntukan ini sebelum menggunakan Laman Web ini kerana anda akan terikat dengan peruntukan berkenaan. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN TITIK SENTUHAN YANG DISEDIAKAN.
Terma selanjutnya:
Jika anda ingin menggunakan bahagian tertentu Laman Web ini, bahagian ini mungkin tertakluk pada terma dan notis lain. Jika hal ini berlaku, perkara ini akan dibawa kepada perhatian anda dan dalam sesetengah keadaan anda perlu membaca dan mengesahkan
penerimaan mana-mana terma sebelum meneruskan.
Perubahan kepada Terma ini:
Kami boleh meminda Terma ini dari semasa ke semasa. Apabila kami berbuat demikian, kami akan memaklumkan anda tentang perubahan seperti ini pertama kali anda log masuk ke Laman Web ini setelah perubahan tersebut dibuat. Jika selepas itu anda meneruskan
penggunaan Laman Web ini, penggunaan anda akan bermaksud anda menerima Terma yang dikemas kini ini. Tarikh di bahagian atas halaman ini menunjukkan kali terakhir Terma ini dikemas kini.
Penggunaan Laman Web Ini:
Laman web ini bertujuan untuk digunakan oleh orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas dan yang bermastautin di Malaysia (“Pengguna yang Dihasratkan”). Jika anda tidak memenuhi keperluan ini, anda Tidak Boleh menggunakan Laman Web ini.
Pengubahsuauan dan penggantungan laman web ini:
Kami berhak untuk mengubah suai, menggantung, atau menamatkan operasi atau akses kepada Laman Web ini, atau mana-mana bahagiannya, menurut budi bicara kami. Sebagai contoh, kami boleh menamatkan operasi Laman Web ini untuk pengguna jika kami mempunyai
sebab untuk mempercayai bahawa Laman Web ini digunakan oleh seseorang selain daripada Pengguna yang Dihasratkan. Kami juga boleh mengemas kini Laman Web ini dan menukar kandungannya pada bila-bila masa. Meskipun kami melakukan usaha yang munasabah
untuk mengemas kini maklumat pada Laman Web ini, harap maklum bahawa apa-apa kandungan padanya mungkin sudah lama pada bila-bila masa tertentu, dan kami tiada obligasi untuk mengemas kini maklumat tersebut. Kami juga boleh mengganggu operasi biasa
Laman Web ini, atau mana-mana bahagiannya, mengikut keperluan untuk melaksanakan penyelenggaraan rutin atau bukan rutin, membetulkan kesilapan, atau untuk membuat perubahan lain.
Penggunaan Laman web dan bahan ini :
Laman Web ini dan semua kandungannya (termasuk perisian, fail, grafik, data, imej dan bahan lain) (“Bahan”) adalah hak milik eksklusif kami, sekutu kami, atau pemberi lesen kami (atau mana-mana gabungan perkara yang dinyatakan di atas), dan
adalah dilindungi oleh undang-undang di Malaysia dan di negara-negara lain. Kesemua hak harta intelektual dalam Bahan ini adalah hak kami atau pemberi lesen kami. Anda tidak boleh menggunakan, mengubah suai, menyalin, menghasilkan semula, menerbitkan
semula, memuat naik, menyiarkan, menghantar, mengedar, menjual, melesen, menyewa, memaparkan atau mempersembahkan kepada awam, menghebahkan, menyunting, mengadaptasi, atau mencipta kerja terbitan, atau melakukan kejuruteraan terbalik, dalam apa jua
cara pun pada mana-mana bahagian Laman Web ini atau mana-mana Bahan ini. Laman Web dan Bahan ini disediakan semata-mata untuk penggunaan anda sendiri sahaja. Anda tidak boleh menggunakannya untuk apa-apa tujuan lain (sebagai contoh, anda tidak boleh
menggunakannya untuk tujuan perniagaan atau komersil). Beri perhatian pada perenggan “Had Liabiliti” di bawah.
Memautkan:
Laman Web ini mungkin menyertakan pautan ke laman web pihak ketiga. Pautan ini disediakan untuk kemudahan anda sahaja. Oleh sebab kami tiada kawalan ke atas laman web pihak ketiga, dan kami tidak menyemak laman-laman web ini, harap maklum bahawa:
kami tidak mengendors laman web ini, kami tidak bertanggungjawab untuk laman web ini, dan kami tidak membuat apa apa perjanjian berhubung laman web ini: khususnya, kami tidak bertanggungjawab untuk terma yang menjadi asas kepada ketersediaan laman web
ini atau amalan privasi laman web ini, ketersediaan laman web ini, kandungan laman web ini, pengiklanan, produk, atau bahan, perkhidmatan atau maklumat lain pada atau yang tersedia pada laman web ini; dan
Jika anda mengakses mana-mana laman web seperti ini, anda melakukannya atas risiko anda sendiri.
Anda tidak boleh membingkai, melakukan pautan atau melakukan pautan mendalam ke Laman Web ini, ke mana-mana laman web.
Privasi dan Kuki:
Setakat yang kami mengumpul apa-apa data peribadi mengenai anda dalam Laman Web ini, kami akan mengumpul dan memproses data ini berlandaskan Dasar Privasikami. Sila baca untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat peribadi apa yang kami kumpul tentang
anda, bagaimana kami menggunakannya, dengan siapa kami berkongsi, bagaimana kami melindunginya, hak anda dan bagaimana anda boleh melaksanakan hak ini.
Laman Web ini juga menggunakan kuki dan teknologi yang serupa untuk mengumpul maklumat pelawat tertentu secara automatik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknologi seperti ini (termasuk kuki analitik Google), bagaimana kami menggunakannya, dan bagaimana
anda boleh menerima atau menolaknya, sila lihat Notis Kukikami. Hendaklah menyemak our Dasar Privasidan Notis Kukikami sebelum menggunakan Laman Web ini, seperti Terma ini, kami boleh menukarnya pada bila-bila masa.
Penafian:
Walaupun kami melakukan yang terbaik untuk menyediakan Laman Web bermaklumat yang memberi anda maklumat tentang penggunaan, penyelenggaraan, dan penjagaan peranti IQOS anda yang betul, melainkan kami menyatakan secara jelas perkara yang bertentangan dengan
Terma ini, Laman Web ini disediakan kepada anda atas dasar "sebagaimana yang tersedia”. Selain itu:
Anda bertanggungjawab – bukan kami – untuk memastikan Laman Web ini sesuai untuk tujuan yang anda hasratkan apabila anda menggunakannya;
kami tidak menanggung apa-apa liabiliti kepada anda berhubung Laman Web ini (tertakluk pada perenggan mengenai “Had Liabiliti” di bawah); dan
kami tidak menanggung apa-apa liabiliti tentang kesesuaian Laman Web ini dalam memenuhi keperluan anda dan, setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang, kami mengecualikan semua janji dan waranti yang tersurat dan tersirat, termasuk:
bahawa Laman Web ini, atau apa-apa kandungan yang terdapat di dalamnya atau yang dihantar melalui Laman Web ini, atau sebaliknya disediakan berhubung Laman Web ini, adalah tepat, lengkap, menepati masa, terkini, sesuai, atau akan beroperasi tanpa apa-apa
ralat;
bahawa akses kepada Laman Web ini tidak akan terganggu, atau tanpa ralat; dan
bahawa Laman Web ini, atau sistem komputer yang menyediakan Laman Web ini, adalah bebas daripada virus atau komponen memudaratkan yang lain.
Had Liabiliti:
Kami tidak mengecualikan atau mengehadkan liabiliti yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan oleh undang-undang, liabiliti untuk kematian, kecederaan diri yang diakibatkan oleh kecuaian, atau liabiliti yang berpunca daripada salah representasi kami
yang bersifat menipu atau kecuaian yang melampau.
Kami tidak bertanggungjawab kepada anda untuk apa-apa kehilangan atau ganti rugi yang berpunca daripada penggunaan Laman Web ini oleh anda yang melanggar Terma ini, atau yang diakibatkan oleh bahan atau tindakan yang memudaratkan dari segi teknologi (seperti
virus atau serangan penafian perkhidmatan yang tersebar) yang mungkin menjejaskan peralatan komputer anda, program komputer, data atau bahan lain berhubung penggunaan Laman Web ini oleh anda atau mana-mana laman web yang dipautkan kepadanya.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa pengendalian Laman Web ini bergantung pada fungsi internet yang betul dan berkesan dan peralatan serta perkhidmatan pihak ketiga lain (termasuk peranti anda sendiri atau pelayar web), yang kami tidak jamin, dan tidak
akan bertanggungjawab untuk perkara ini dalam apa jua cara sekalipun.
Kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau ganti rugi khusus, tidak langsung, punitif atau yang terhasil, atau apa-apa kehilangan data, keuntungan, hasil, perniagaan, atau muhibah.
Jika anda mengakibatkan gangguan teknikal kepada Laman Web ini atau sistem yang memancarkan Laman Web ini kepada anda atau pihak lain, anda bersetuju untuk bertanggungjawab untuk semua kerugian, liabiliti, perbelanjaan, ganti rugi, dan kos, termasuk yuran
guaman dan kos mahkamah yang munasabah, yang berpunca daripada atau terhasil daripada gangguan ini.
Bidang Kuasa dan undang undangan yang mentadbir:
Undang-undang Malaysia (“Bidang Kuasa”) yang mentadbir Terma dan penggunaan Laman Web ini oleh anda. Anda bersetuju tanpa boleh dibatalkan dengan bidang kuasa eksklusif mahkamah yang terletak di Malaysia untuk melaksanakan apa-apa tindakan
bagi menguatkuasakan Terma ini.
Hak Penting Lain yang kami ada di bawah terma ini
Kami boleh memindahkan hak dan obligasi di bawah Terma ini kepada organisasi lain, tetapi ini tidak akan menjejaskan hak anda di bawah Terma ini. Jika kami gagal menegaskan supaya anda melaksanakan mana-mana obligasi anda di bawah Terma ini, atau jika
kami tidak menguatkuasakan hak kami terhadap anda, atau jika kami menangguhkan usaha berbuat demikian, itu tidak bermaksud bahawa kami telah mengetepikan hak kami untuk menguatkuasakan apa-apa kegagalan seperti ini terhadap anda, atau anda tidak perlu
mematuhi obligasi ini. Jika kami memutuskan untuk mengetepikan hak kami untuk menguatkuasakan sesuatu keingkaran atau pelanggaran Terma ini oleh anda, kami akan berbuat demikian secara bertulis.
Setiap perenggan Terma ini beroperasi secara berasingan. Ini bermaksud, jika mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa yang berkaitan memutuskan bahawa mana-mana terma ini melanggar undang-undang, tidak sah di sisi undang-undang, atau tidak boleh dikuatkuasakan,
perenggan yang selebihnya akan kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya. Terma ini tidak dihasratkan untuk memberi hak kepada sesiapa melainkan kepada anda dan kami.
Cara Menghubungi kami:
Sila hubungi Sokongan Pelanggan IQOS kami di talian 1800-88-3858 jika:
- anda percaya bahawa Laman Web ini melanggar hak harta intelektual anda, mengandungi kandungan yang melanggar undang-undang, menyinggung perasaan, atau melanggar hak anda atau mana-mana pihak ketiga; atau
- untuk mengajukan apa-apa pertanyaan yang anda mungkin ada tentang Terma atau Laman Web ini.